19 April 2009

Jalan-jalan di Johor Lama

06 April 2009

Yob dan Pendau...

Banyak masa aku terluang sejak 2 menjak ni aku habiskan di hadapan komputer. Walaupun umur komputer ini masih kebudak-budakan tetapi 3 tahun adalah jangka masa yang agak outdated untuk dimiliki oleh sesebuah komputer. Teknologi yang berkembang sepantas kilat selalu meninggalkan beberapa tiang kemajuan kepada aku yang kurang berkemampuan ini. Baru-baru ini, Yob(nama manja komputer aku) telah diserang sakit yang entah aku pun tidak ketahuan. Masa untuk Yob loading ke windows mengambil masa yang terlalu lama. "Yob ni demam ke?" bisik hati aku sambil mengambil kesempatan meraba-raba. Aku tengok kipas dia, hard disk suma dalam keadaan baik belaka.

25 March 2009

Kesilapan=Kesalahan?

Manusia dengan kesilapan memang tidak dapat dipisahkan. Seperti laut dan pantai. Walau di mana sekali pun kita pergi, kesilapan tetap ada. Di ambil dari perkataan bahsa arab, al-insan. Kata akar bagi insan adalah nasian yang membawa pengertian lupa. Manusia memang mempunyai sifat pelupa. Pelupa yang kadang-kadang membawa kepada kesilapan. Kesilapan berbeza dengan kesalahan. Kesalahan adalah tindak tanduk yang melanggar undang-undang atau etika kehidupan yang memberi kesan buruk kepada elemen-elemen sekeliling. Kesalahan adalah seperti membunuh, merogol, vandalisme, mencuri, mengeksplotasi hidupan dan sewaktu dengan nya. Ramai di anatara kita tersilap membuat taakulan antara kesalahan dengan kesilapan. Dalam kes-kes yang tertentu, dari kesilapanlah yang akan lahirnya kesalahan.

17 March 2009

Sumpah aku tak buat lagi!!!

Aku lari laju-laju. Selaju Husin Volt. Tapi bila voltan aku dah kekurangan, aku jadi kepancitanulazi amat-amat. Aku berlari dan terus berlari sehingga menyebabkan aku berjalan di tepi jalan keseorangan diri. Adakah aku sedang bermimpi. Kata orang-orang tua kalau mimpi berlari bermakna kita akan mendapat stamina yang lebih untuk bermain futsal suatu hari nanti. Betul ke tak? Haa inilah masalah dan persoalan yang timbul. Aku bukanlah pelari pecut yang biasa berlari. Kalau lari dengan Ahmad berumur 5 tahun bisa aku kalahkan dengan sekali hembus je. Tapi aku ini hanyalah penjaga restoran yang mana stamina banyak dihabiskan dalam bentuk melayan karenah pelanggan. Paling dahsyat pun aku buat air serentak untuk 23 orang. Tapi lepas tu aku kepancitan. Mana stamina yang aku kumpul selama ini? Adakah kehabisan setelah aku minum air Ribena blackcurrent?

12 March 2009

Fruit Heart...Bukan fruitale la

Baru-baru ini, aku telah kedatangan fruit heart. Dia datang jauh beb! Dari negeri Darul Sunnah. Dari negeri kepanasan dan kesejukan yang di tahap-tahap tidak terima akal. Negeri yang juga terpengaruh dengan rakan sejirannya beriklim monsun tropika. Sebab sebelah bukit batu yang terpacak kat area sana, dah pun tanah Thai (Thailand) kata hotai-hotai kat situ kepada aku dengan nada menepuk dada, bangga kot. Betol ke tak, ha inilah masalahnya. Aku tak ambik port sangat hal itu. Yang aku nak tau sekarang ni, aku kene sambung story tadi. Tapi story tadi sampai mane? Oh, fruit heart aku.

08 March 2009

Kini Ku Kesepian

Hari ini adalah hari Ahad. Hari yang sangat aku nantikan. Hari Ahad adalah diambil sempena hari permulaan dalam 7 hari, Ahad means satu. Satu yang tiada dua nya. Kalau in english we call Sunday. Bukan moon bukan star. Sebab apa? Aku pun tak boleh jawab. Tiada hari yang sama seperti Ahad. Ahad adalah waktu aku beristerirehat bersama keluarga,bersama komputer. Kalau ada jemputan kenduri kahwin, aku pergi. Pergi makan dan tayang muka kat mereka yang jemput aku. Kalau tiada jemputan, aku banyak habiskan masa di hadapan minitor komputer mencari info yang aku ingin tahu. Wikipedia, Forbes.com, Facebook, Entrecard, blog-blog yang aku biasa pergi dan youtube. Rajin sikit, aku pergi buat marketing kat social blogger network. Lagi rajin, aku buat posting atau artikel yang ntah apa-apa macam ni.

04 March 2009

Kancah Kehidupanku Berniaga (Part 2)

So, lebih kurang 2-3 bulan aku kerja di restoran tersebut, aku telah ditugaskan menjaga hampir keseluruhan operasi restoran tersebut. Stok makanan, gaji pekerja, aliran wang masuk dan keluar, akaun kira-kira, kebajikan pekerja dan sebagainya. Hanya bahagian membeli stok makanan basah seperti ikan, daging dan sayur tidak aku terlibat. Ini disebabkan aku kurang mahir dalam hal-hal ‘pasar’. Boleh di katakan aku dilantik dan di percayai untuk memegang jawatan Pengurus Restoran Mai Angullia di tepian kota Johor Bahru(JB).

02 March 2009

Kancah Kehidupanku Berniaga (Part 1)

Pengalaman adalah sesuatu yang tak dapat dibeli mahu pun dipelajari orang lain. Tak sama dengan apa yg kita tempuhi, rasai dan berdiri. Berlari dan melihat orang lari memang tak sama? Contoh yang mudah dan simple untuk menceritakan mengenai pengalaman. Kali ni aku(bersahaje) nak berkongsi dan berdiskusi mengenai pengalaman kehidupan aku berniaga sejak dari kecil hinggalah sekarang.

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri