25 March 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 7:27 PM

Manusia dengan kesilapan memang tidak dapat dipisahkan. Seperti laut dan pantai. Walau di mana sekali pun kita pergi, kesilapan tetap ada. Di ambil dari perkataan bahsa arab, al-insan. Kata akar bagi insan adalah nasian yang membawa pengertian lupa. Manusia memang mempunyai sifat pelupa. Pelupa yang kadang-kadang membawa kepada kesilapan. Kesilapan berbeza dengan kesalahan. Kesalahan adalah tindak tanduk yang melanggar undang-undang atau etika kehidupan yang memberi kesan buruk kepada elemen-elemen sekeliling. Kesalahan adalah seperti membunuh, merogol, vandalisme, mencuri, mengeksplotasi hidupan dan sewaktu dengan nya. Ramai di anatara kita tersilap membuat taakulan antara kesalahan dengan kesilapan. Dalam kes-kes yang tertentu, dari kesilapanlah yang akan lahirnya kesalahan.

Aku dan juga manusia dunia sejak kebelakangan ini, sukar untuk menilai dan membezakan kesalahan. Bezakan, adakah yang mereka buat itu salah? Adakah aku boleh buat begini? Kehidupan harian kita telah di disogok dan dibekalkan dengan ‘Makanan’ yang bisa buatkan kita keliru. Keliru dengan nilai-nilai ketimuran yang sentiasa mengagungkan kesopanan dan keperibadian yang baik. Kita sering beranggapan tidak mengikut peredaran zaman, tidak cewl (cool), tidak moden, tidak itu dan tidak ini andai lari dari pemikiran kebaratan yang kaparat. Apakah mereka sudah cukup bagus untuk kita jadikan sumber rujukan? Sumber rujukan yang lebih menjerumus ke arah kebrengsekan kehidupan? Benar, pada zaman Kerasulan Muhammad S.A.W pernah mencilok dan mengadaptasi beberapa perkara dari barat dalam pemerintahanya. Tetapi itu adalah perkara yang memang perlu dijadikan contoh. Seperti peralatan ketenteraan, taktikal peperangan dan corak pemerintahan. Kita? Hanya keseronokan yang menjadi kiblat panduan selain kepentingan perasaan dan social yang di titik beratkan.

Bukanlah aku menulis warkah ini menunjukan aku langsung tidak latest, langsung membuang kebaratan dalam kehidupan., langsung tidak penggunaan teknologi Facebook, Google, Levis dan Guess. Bukan juga seorang pemuda yang penuh dengan kebaikan dan kemuliaan. Tergerak hati ini untuk menulis disebabkan gerakan hati yang kasihan meihat rakan-rakan sealiran dan sepegangan yang jauh tidak balik ke daratan. Jauh meninggalkan peraturan agama yang disebut ‘Syariat’, disiplin melayu yang disebut ‘Adat’. Sedih yang tidak mampu mengalirkan air mata. Aku tidak bisa berbuat apa-apa sahabat. Mata yang melihat, bahu yang menaggung berat, apa yang boleh aku buat melainkan berblog mengenai luahan dan pendapat.

Setiap 13 minit akan lahir anak haram di Negara Polis Dunia. Setiap 4 minit berlaku pembunuhan dan setiap 21 minit kes cabul dan perogolan wanita berlaku. Sedar ke tidak, Negara yang kita cintai ini sudah hampir menyerupai mereka! Seronok kan? Setiap hari di dada media massa kelihatan sahaja kes-kes yang membuatkan aku loya dan jijik. Bunuh, rogol, samun, rompak, cabul, dadah. Apa ni? WTF!!! Kalau pun ekonomi kokap, carilah jalan lain. Jalan yang tidak menggangu gugat ketenteraman masyarakat. Ke nak ambik jalan mudah selesaikan masalah!!! Hello lahanat di luar sana, kamu orang ambil jalan mudah nak ke Simpang Renggam? Atau nak ke Kajang?

Bagi yang terasa aku minta maaf bebanyak. Tapi aku yakin, mereka yang terlibat tidak pandai baca-baca blog macam kamu orang. Tapi sebagai masayarakat yang sangat perihatin, gunakanlah akal dan fikiran kita untuk mencegah perkara-perkara mengarut seperti yang dinyatakan di atas. Tapi kalau hendak melakukan juga, apa yang boleh aku cakap di sini sebagai CONTOH ialah:

1) Kucing yang tidak berakal sangat menyayangi anaknya, atau lebih di kenali sebagai kitten.
2) Sesetengah manusia buang bayi, bermaksud mereka tidak mencintai darah daging mereka.
3) Kucing adalah makhluk yang tidak berakal seperti manusia
4) Manusia berakal dan sebab itu manusia boleh memberi jawapan 3 untuk soalan 1+2

Janganlah kita mendabik dada disebabkan status dan pangkat yang kita miliki. Mendabik dada atau sombong sama lah seperti orang yang busuk berjalan-jalan di shopping mall sambil memakai baju Top Shop. Nampak bergaya tapi busuk. Manusia sekeliling akan membenci dan mengata belakang. Apa yang kita dapat dengan mendabik dada kecuali sakit dada, silap-silap sakit peparu. Titik permulaan kemanusiaan sejagat adalah datang dari hati. Niat adalah penting. Niat dijadikan sebagai ibu kepada perlakuan manusia. Tanpa niat, kita tidak akan menggapai apa yang kita mahu kan. Tanpa niat jahat, tiada proxy kejahatan yang berlaku. Mulakanlah hari kita dengan niat yang murni bukan dengan Horlicks, dengan niat yang tulus. Aku pasti, kita mampu merubahnya. Merubah kehidupan kita sebagai kelompok kesejagatan yang luas pemikiran kebaikanya. Bukan pada kejahatan.

Kalau agak-agak hendak menghisap dadah, hisaplah one shot sampai mati. Tidak perlu rasanya berhenti-henti. Bila berhenti pasti mahu lagi. Bagi yang hendak merogol, kahwinla. Kerana perkahwinan kunci menjauhkan diri dari maksiat dan jenayah. Kalau tiada duit mahu kahwin, deal baik-baik dengan ibu mertua, harga kasi kurang sedikit maaa. Tidak ketahuan? Contact lah aku. Aku bagi tips confirm kahwin dengan kadar segera. Bagi yang hendak membunuh, bunuhlah nyamuk dan lalat. Kerana massacre nyamuk dan lalat adalah lebih mulia dan mampu untuk menjana masyarakat yang berkesihatan tinggi.

Aku belum penat bermadah bicara luka. Tapi aku perlu jalankan tugas memberi orang makanan. Memberi makanan kepada masyrakat yang menabur budi pada masyarakat dan rakyat. Bukan menuang dakwat dalam susu yang sedap. Bukan masyarakat yang tidak mengenal erti kecomelan bayi. Ini masyarakat, masyarakat yang berbakat. Berbakat menjana ekonomi Malaysia dan juga diri aku. ‘Boy!!!, orang ramai ni, kau boleh duduk menaip pulak!!!!’. Ha,kan dah kena marah…


3 comments:

hazman aka species1980 said...

Gelagat kehidupan memang banyak ragamnya.....

nurain said...

huuu...


bagusla berfikir~~

samdaddycool said...

Satu peasanan yang penuh bermakna.. Peringatan buat yang lalai dan leka, khayal dalam dunia sendiri..

Good advice!

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri