23 February 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 11:26 PM

A'kom dan salam sejahtera kepada korang yang sedang membaca mahu pun yang sekadar go through 'Lost'. Pertama-tama nya aku saja letak team futsal aku semasa study dulu. Bukan apa, sangatlah susah nak membina sebuah team futsal yang sangat mantap dan bersefahaman. Hampir setiap pergerakan pasukan dapat di baca dan proses mengatur 'game' oleh playmaker biasanya membuahkan hasil yang mantap. Semestinya setiap game yang kiteorang main akan menghasilkan gol.



Walaupun kadang-kadang team kami mengalami kekalahan, tapi kiteorang still satisfied with the team work and the performance .Actually, dalam team futsal ni aku memegang tanggungjawab sebagai pemain tengah. Klau penyerang aku boleh la sikit-sikit tapi keadaan lutut yang tidak mengizinkan buatkan pergerakan agak slow . So line up team ni datang dari 5 buah negeri di Malaysia. Selangor, Johor, Sarawak, Kuala Lumpur dan Perak. 7 orang dari Johor dan masing -masing seorang sahaja.

Masa belajar sampai la sekarang, hobi aku memang futsal je. Maybe terpengaruh dengan movie 'Gol N Gincu' kot. hehehehe. Tapi time sekarang ni dah sangat susah nak regularly main cam dulu. Yelah mana tak nya, nak kumpul cukupkan 1 team pun dah naik sempot. Ni kan pula nak cari 2 team. Zaman belajar dengan lepas belajar dah lain. Sedih juga rasanya tapi apa kan daya. Layan jela dengan life sekarang. So, bila dah kurang berfutsal, inilah datangnya gatal-gatal untuk ber 'blogging' pulak. Saja ikut peredaran masa dan aku sangat enjoy bila blogging ni.




Haaa, yang ni plak buah hati aku. Nama dia? Alu pikilah sendiri !Orang yang banyak bagi aku support dengan apa yang aku buat sekarang ni. Betol ke tak ke, support ajelah dia. Time ni kiteorang beraya kat U dulu, tahun 2007 kalau tak silap. Seorang yang sangat ceria dan selalu buatkan aku pecah perot dan lenguh-lenguh di bahagian pipi. Pandai buat lawak dan pandai jugak buat orang risau.

Thanx cos sudi untuk mencintai aku seadanya, me love you so much Honey...



Aku ni suka melontarkan pendapat mengenai kehidupan dan juga isu semasa yang aku minat. Macam ekonomi, perasaan, bangsa, motivasi dan yang paling penting falsafah. Terlalu taksub dengan sejarah sesebuah bangsa maupun peradaban dunia yang aku rasa perlu diambil tahu demi masa depan untuk anak-anak dan cucu-cicit. Aku juga suka mendengar pendapat yang bernas dan juga idea yang luar biasa tak kisah dari sesiapa pun. 'Knowledge belongs world' . Without knowledge, no body can open up their mind...


So, kalau korang ada apa-apa usul, persoalan dan pendapat, tak kiralah untuk blog ke topik ke ajak main futsal ke; just taip kat ruangan komen bawah tu. I'allah aku mesti bagi maklum balas as soon as I can.

Ok, that's it for now. Challo de bette ala-ala bombey...




2 comments:

Anonymous said...

nama saya ash :)

boy_bersahaje said...

nama saya boy :).

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri