22 February 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 10:28 PM

Kekayaan… Sebenarnya kekayaan seseorang itu adalah datang dari pelbagai cabang dan cara. Pangkat kekayaan pada zaman ini tidak boleh lagi kita nobatkan hanya pada mereka yang telah berumur. Tanggapan seperti ini memang tidak boleh diguna pakai disebabkan aspek-aspek peredaran zaman yang pesat membangun. Pelbagai cabang punca rezki telah wujud dan inilah yang dipanggil ‘Revolusi’ kepada kemodenan pemikiran masyarakat dunia.

Internet, Multi Level Marketing, hartanah, insurans, fashion, musics, perkomputeran dan banyak lagi cabang sama ada secara langsung atau tidak, dapat mengembangkan lagi pendapatan seseorang. Yang penting ketekunan dan daya kreativiti yang melampau untuk mencipta sesuatu yang baru agar persaingan dapat dikurangkan. Namun, persaingan bukanlah halangan untuk mencari kekayaan di dunia ini. Fokus, usaha yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, jadual perancangan yang praktikal dan effisien serta strategi untuk mengenggam apa yang diimpikan.

“Yang kaya akan bertambah kaya manakala yang miskin akan terus miskin”. Mengapa pepatah moden ini sentiasa di canang-canang di dada-dada majalah mahu pun surat khabar? Pokok pangkalnya adalah datang dari pemikiran dan usaha 2 pihak yang tersebut (si kaya dan si miskin). Maksud aku di sini yang kaya sentiasa bermedium dan berpeluang untuk terus membuatkan dia kaya seperti pelaburan, perniagaan dan pemikiran. Manakala yang miskin berkemungkinan tiada peluang dan usha yang sewajarnya untuk mereka lakukan demi merubah status kehidupan dan nasib mereka.

Sebagai contoh, kekurangan atau ketiadaaan modal untuk memulakan sesuatu menyebabkan mereka terus berada dalam kancah kemiskinan. Tiada wang untuk berniaga dan melabor . Yang ada hanyalah semangat dan idea yang tidak dapat diusulkan atau dibangkitkan kepada pihak-pihak yang tertentu. Tapi, apakah suara dan pendapat mereka didengar? Inilah yang menjadi tanda persoalanya.

Berbalik pada topik post kali ini, kekayaan datang dari pelbagai cabang. Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang terdiri daripada beberapa aspek dan juga penyebab. Antaranya ialah:

1- Keluarga
2- Usaha
3- Peluang
4- Kebijaksanaan

Kekayaan yang biasa kita dapati pada masyarakat sekeliling kita ialah terbit dari keluarga yang senang atau kaya. Dalam konsep ini, seseorang memang dilahirkan telah berada di dalam sebuah keluarga yang berlatar belakangkan kekayaan. Kebiasaaanya mereka hanya meneruskan tradisi ini sehingga beberapa generasi. Contohnya keluarga Sultan Al-Nahyan, pemilik negeri yang termahal di dunia Abu dhabi (Dubai).

Kekayaan yang datang dari usaha seseorang adalah kekayaan yang mutlak dan susah untuk digugat. Ini kerana jatuh bangun seseorang menyebabkan dirinya matang dalam membuat sebarang keputusan. Setiap keputusan adalah penentu masa depan; penentu untuk terus kekal berjaya. Usaha ini terdiri juga daripada idea, perancangan, perlaksanaan dan penggunaan sumber secara optimum. Contohnya Bill Gates, manusia ketiga terkaya di dunia yang memliki syarikat perisian Microsoft.

Peluang juga memainkan peranan yang sangat besar dalam mengejar kekayaan dan kesenangan. Tanpa peluang, kemungkinan besar kekayaan tidak dapat dicipta. Contohnya, Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary ‘diangkat’ melalui peluang DEB (Dasar Ekonomi Baru). Namun begitu, tidak semua antara kita mudah di datangi dengan peluang seperti ini. Belum tentu juga semua orang boleh pikul untuk menjadikan ia sebagai punca kekayaan.

Pernah dengar Facebook? Salah satu social network seperti my space dan juga friendster yang terdapat di internet. Tahu kah korang founder Facebook adalah remaja yang berusia 22 tahun dan merupakan antara the youngest billionaire kat dunia ni. Huhuhuuhu. Mark Zuckerberg merupakan pelajar berkelulusan dari University of Harvard. Bermula umur dia 14 tahun dah pandai buat programming computer. Power kan? So, nak dijadikan cerita beliau di Harvard masa tengah belajar telah berjaya mencipta Facebook yang sememangnya menjadi kegilaan remaja, belia mahu pun atuk-atuk kita. Kebanayakan artis dan juga tokoh ternama dah mempunyai account Facebook. Ini lah yang di namakan kebijaksanaan si Mark Zuckerberg untuk meraih kekayaan di muka bumi ini.

So, apa pendapat korang? Bagilah aku sikit komen dan cerita . Tak best kalau aku sorang je yang berceloteh. Atleast tak dapat banyak sikit pun jadilah.

Stay tune and keep in touch wif diz silly blog dude…






No comments:

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri