26 February 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 12:57 AM

Arghhhh tensionya!!!! Inilah ayat yang biasa disebut-sebut bila kita mengalami tekanan perasaan tau ‘stress’. Stress yang biasa nya di sebabkan oleh sesuatu perkara atau situasi yang sukar untuk kita kuasai. Faktor-faktor seperti masa, duit, menjaga reputasi dan banyak lagi merupakan penyebab datangnya stress. Sindrom-sindrom yang menunjukan kita di bawah stress adalah seperti wajah yang runsing atau kusut, keadaaan fizikal yang tidak terurus, sakit kepala, denyutan jantung yang agak laju dan sebagainya. Namun begitu, pelbagai cara dan teknik yang berkesan dapat dipraktikan untuk mengatasi masalah stress ini.

Pada 24 Feb 2008 jam 11PM, setelah sekian lama tak bermain bola; akhirnya dapat jugak aku bermain dengan penuh kepuasan. Hahahahaha. Apo, member lama aku yang ajak. Kiteorang main kat padang Apollo. Antara tempat futsal yang glamour kat JB. Harga sewa padang sejam RM80. Condition padang still ok, sedap lagi la klau nak dribble lelaju ke, nak slide orang ke, nak baring-baring pun still comfort :p. So, kiteorang lawan dengan bebudak Kolej YPJ (Yayasan Pelajaran Johor). Opponent kiteorang ni boleh di kategorikan sebagai bebudak muda (macamla aku ni tua sangat). I mean, diorang still belasan tahun atau lingkungan baru nak masuk 20 tahun. So, pergerakan dengan stamina diorang macam biawak (tak reti penat). Macam biasalah, aku ni main peranan jadi pemain tengah. Kadang-kadang je baru naik bila buat counter attack.

Hahahaha, tapi malam tu aku dapat rasekan yang aku dah macam ayam tua. Baru berapa minit main dah rase semput (pancit). Buat pengetahuan korang, before main malam tu, aku pergi melantak burger dengn parents aku kat Kg Melayu. Bukan calang-calang punya burger, sekali makan nak yang special siap daging 2 keping, hahahaha. So effect yang aku rase tengah main adalah senak-senak di ulu hati. Senak pun senak juga, nak hilangkan ketagih punya pasal aku paksa main juga. Team ni adalah 1st time aku main dengan diorang. So, tak serasi sangat. Just dapat buat sikit-sikit complete pass and finishing. Malam tu corak permainan kiteorang lebih kepada attacking dengan ciri-ciri defensive yang kurang di titik-beratkan. Maka, pembolosan gol yang agak tinggi telah berlaku, menyebabkan gol keeper (Bob) kelelahan dan kepenatan. Jelas pada raut wajahnya meminta-minta penukaran posisi namun, sikap acuh tak acuh kami membuatkan Bob putus asa. Kesian kat Bob kan? Sejam selepas itu, game pun habis. Kami keletihan yang tak keterlaluan. Masih mempunyai sisa-sisa tenaga untuk minum santai di Restoran Bayu, Larkin Perdana. Biasalah memang ‘port’ kiteorang kat situ sejak 7 years ago. Huhuhu.

Ape yang aku nak cerita di sini adalah cara aku sendiri untuk mengatasi masalah stress. Cara yang sihat dan sangat memuaskan. Klau loghat utara cakap “puah hatey!!!” huhu. Bila peluh dah membasahi badan, otak berfikir, degupan jantung mengepam darah dengan lebih laju sambil menghirup oksigen yang bersih di tambah lagi dengan gelak tawa semasa bermain buatkan diri aku rase hebat. Bukan hebat means aku ni power. Tapi hebat interms of handling the stress dalam kepala even kerisauan yang ada. Aku sure, korang kat luar sana lagi best-best aktiviti yang korang minat. Yang korang rasa puas tak terhingga bila melakukanya. Tapi janganlah buat something yang merosakan diri. Tu bukan puas tapi buas muahahahaha.

So, kalau korang belum ada hobi, korang mesti cari tau. Bila ade hobi ,baru ade something yang buatkan kita lebih bersemangat bila berdepan dengan stress. Korang tahu, bila stress datang mesti tak menjadi masalah untuk mengatasinya. Sebab ape? Sebab korang ade hobi yang membuatkan perasaan happy dan lebih bersemangat untuk bekalan hari-hari yang mendatang.

Ape lagi, bagila komen sikit, janganlah senyap aje bang Brahim oi hehehehehe…. Challo de bette ala-ala bombey. Wassalam…




No comments:

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri