27 February 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 4:54 PM


Akhirnya, dapat jua aku merealisasikan impian dan cita-cita aku selama lebih kurang 3 tahun untuk memiliki kasut futsal yang baru. Huhuhu. Kasut yang lama buatkan kaki aku sakit bila bermain. Terutama di bahagian pergelangan kaki di bawah buku lali. Mungkin kerana kasut lame aku tapaknya agak nipis berserta struktur luaran yang lembik; tidak dapat menampung lagi pergelangan kaki dengan baik bila melakukan dribbling atau pun shooting. Jangan pandang remeh tau pada keupayaan dan peranan kasut dalam bersukan. Silap pilih kasut atau memakai kasut sebarangan boleh menyebabkan kaki kita cedera semasa bersukan. Mahal atau murah bukan menjadi persoalanya, yang penting keselesaaan dan 'fit' kasut tersebut terhadap kaki kita. Awas!!! Memakai kasut yang terlalu besar boleh mengurangkan kepantasan dan mungkin membawa kepada kecederaan semasa bermain. Oleh itu pilihla kasut yang benar-benar fit mengikut saiz kaki anda.

So, nak dijadikan cerita pada 26 Feb 2009 tepat jam 3.30 Pm, mama aku ajak aku teman dia pergi Angsana (Shopping Mall), dia kata dia nak beli selipar. Selipar lama dia dah putus. Tapi aku tengok selipar yang dia pakai cam ok lagi. Takpe la, aku layan kan. Lagi pun nak rehat-rehat jap selepas berhempas pulas bekerja. Bila sampai di Angsana, mama aku pun terus ajak aku masuk butik Nike di tingkat 1. Aku dah mula syak something. Tak pernah pula mama aku pkai barang jenama Nike melainkan kasut jog dia yang dulu. Aku masuk je dia terus suruh aku pilih kasut futsal aku. Hahahaha, mama aku memang selalu buat surprise kadang-kadang boleh tahan seram juga, hehehehe. Aku punya perasaan masa tu sangatlah teruja. Mata rambang gak nak pilih ni tapi bila aku amati ditambah pula dengan advise dari promoter kat situ, so inilah dia pilihan aku. Nike T7 zoom. Colour dia agak striking sedikit. Tapi aku peduli apa.Kikikiki. Aku memang suka colour striking macam ni. Pasal dia "Buatkan diriku lebih berharga" muahahaha.


Ada juga aku tengok-tengok kat internet berkenaan dengan kasut ni. Dapatla 2 3 facts pasal design T7 zoo0m ini. Biasala, sesebuah product baru mestilah di Up untuk melariskan sale diorang. Macam kasut T7 ni, apa yang aku baca dan lihat function dia adalah lebih untuk striker. Dia nya ciri-ciri kasut kebanyakan adalah untuk buat gol dan juga dribbling. Tapi tidak semestinya defend tak boleh guna. Kecik pula hati tak nak beli karang. Di bahagian hadapan kasut ini terdiri daripada getah campuran. Getah ini dipakai untuk menonjol bola dengan menghasilkan force yang kuat beserta support dari tumit kaki yang mantap (air zoom). Keadaan seperti ini biasanya berlaku apabila tiada ruang dan masa yang sesuai untuk membuat shooting step.


Bahan luaran pula terdiri daripada kulit kanggaroo. Kata diorang kulit kanggaroo adalah kulit yang sangat sesuai untuk permukaan bola (futsal) yang mana ia akan menghasilkan bonding antara bola dengan kasut ini. Selain dari struktur yang lembut dan juga tahan lebih lama.


Aku pun tak berapa reti nak cerita lebih lanjut, apa kata korang tonton video yang aku rembat dari Youtube ni. Enjoy...








No comments:

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri