01 March 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 4:24 PM


Assalamualaikom dan salam perkenalan bagi yang baru berjinak-jinak dengan blog yang ntah apa-apa ni. Hope korang dapatla adapt kan diri dan minda with all the post that I wrote. Keadaaan ekonomi yang semakin merundum membuatkan diri aku agak kebosanan menempuh hari-hari yang mendatang. Di tambah dengan kekasih hati yang lebih 900km jauh dari diri ini membuatkan kadang-kadang diri aku sedikit memberontak. Memberontak macam mana? Haa inilah masalahnya sekarang hehehehe. Memberontak inginkan perhatian, kasih sayang dan penjagaan dari yang sepatutnya. Bukanlah bermakna aku tidak mensyukuri nikmat Tuhan yang aku miliki , just I wanna tell what's my feel and I think this is a better way to give me an inspiration about my goal and about my fail. So, keep on reading bro.

Sudah menjadi lumrah manusia inginkan kesempurnaan dan kebahagiaan hidup di dunia mahu pun di akhirat kelak. Kita manusia hanyalah merancang dan tuhan yang menetapkan segala-galanya. Dari mula kita dilahirkan hingga lah kita dikebumikan; perjalanan atau lakonan kita semua nya adalah ketentuan yang telah termaktub di Luh Mahfuz. Apa peranan kita di bumi ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah dilantik menjadi seorang Khalifah. Khalifah bermaksud ketua dan ketua lah yang akan mentadbir, tidak kira sama ada sesebuah institusi yang besar mahu pun sekecil-kecil institusi (keluarga). Baiknya khalifah, maka baiklah orang-orang bawahan nya.

Usaha yang yang berganda di tambah perancangan yang teliti di akhiri dengan tawakkal yang mutlak, Insya-Allah akan membuahkan hasil yang di idamkan. Tetapi, jika tidak , adakah takdir yang harus di persalahkan? Semestinya tidak. Setiap yang berlaku ada hikmah yang terbaik untuk kita. Percayakah anda bahawa hikmah di sebalik penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke kota Madinah membuatkan Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, percayakah anda bahawa bahawa Charles Darrow dan isterinya Asther mendapat idea untuk mencipta permainan duit 'Monopoly' adalah daripada hidup mereka yang sangat susah (Post: Impian kita Tetap Hidup) dan percayakah anda bahawa di sebalik kegagalan Thomas Edison sebanyak lebih seribu kali mencipta filamen mentol yang sekarang ini menerangi setiap rumah-rumah dan tempat di dunia? Yang penting sekali, dalam kehidupan adalah berpegang pada tekad dan impian yang korang sendiri tetapkan.

Hidup mesti terus walau seribu halangan yang mendatang. Ibaratkan diri sebagai layang-layang. Tapi bukan layang-layang yang terputus talinya pulak hahahaha. Layang-layang ni, makin kuat angin makin tinggi dia boleh terbang. Sama juga macam kita dan kehidupan. Kehidupan yang banyak masalah dan dugaan buatkan diri kita jadi lebih berharga. Berharga dari segi pengalaman untuk mengatur kehidupan yang akan datang. Kehidupan yang sentiasa penuh dengan duri dan perangkap yang kelak akan memakan diri andai kita tidak belajar dari kesilapan yang lepas.

Maka di sini aku cuma nak tekankan bahawa janganlah korang menjadikan masalah sebagai penyebab untuk gagal meraih apa yang diimpikan. Malah , ia membuatkan kita lebih bersemangat dan terus berlari mengejar apa yang kita sebut sebagai 'Impian' . Sekian sahaja posting untuk kali ini. Berila sedikit tunjuk ajar, komen dan kata nasihat untuk aku dan kawan-kawan di luar sana. Share the mind share the kind. Challo de bette ala-ala bombey

No comments:

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri