17 March 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 5:53 PM

Aku lari laju-laju. Selaju Husin Volt. Tapi bila voltan aku dah kekurangan, aku jadi kepancitanulazi amat-amat. Aku berlari dan terus berlari sehingga menyebabkan aku berjalan di tepi jalan keseorangan diri. Adakah aku sedang bermimpi. Kata orang-orang tua kalau mimpi berlari bermakna kita akan mendapat stamina yang lebih untuk bermain futsal suatu hari nanti. Betul ke tak? Haa inilah masalah dan persoalan yang timbul. Aku bukanlah pelari pecut yang biasa berlari. Kalau lari dengan Ahmad berumur 5 tahun bisa aku kalahkan dengan sekali hembus je. Tapi aku ini hanyalah penjaga restoran yang mana stamina banyak dihabiskan dalam bentuk melayan karenah pelanggan. Paling dahsyat pun aku buat air serentak untuk 23 orang. Tapi lepas tu aku kepancitan. Mana stamina yang aku kumpul selama ini? Adakah kehabisan setelah aku minum air Ribena blackcurrent?

Truut...truuttt...truut telefon aku berbunyi. Ceishh!!! Mimpi rupanya.Siapalah yang mengganggu kosentrasi aku tengah tidur ni... Pagi-pagi buta dok call. Apa diorang dah habis nafsu tido ke. Marah hati ini. "Boy, ko dah siapkan belum dokumen yang Datuk nak?" persoalan rakan ku ,Tofeq kepada aku. Aku lihat jam menunjukan 10.30AM. Aku cakap belum siap. Tofeq dengan nada yang agak kemarahan mengatakan bahawa aku perlu siapkan dokumentasi tersebut sebelum matahari tenggelam. Amboi, dah macam zaman Kesulatanan melayu Melaka ayat kau. Aku dengan bersahaja keluar dari bilik sepenidoran aku dan pergi menuju ke bilik mandi. Setelah siap berkendiri, aku mula memasang tali pinggang keledar untuk menuju ke destinasi yang telah di rancang. Destinasi pertama aku adalah Suruhanjaya Sumpah. Aku kena sumpah beb!! Sumpah yang membuktikan aku ini adalah rakyat status bumiputera. Adoyai, takkanlah pihak kerajaan tak nampak muka anak jati rakyat Tanah Melayu seperti aku ini. Macam ni pun perlu bersumpah. Orang-orang tua kata kalau suka bersumpah kelak memakan diri. Aku jadi kangen. Tapi aku buat bersahaja bila sampai di tempat untuk bersumpah tersebut. Apa yang terlintas kat dalam otak aku, di dalam pejabat sumpah mesti penuh orang sumpah seranah. Maki sana maki sini. Tak kiralah, budak kecil ke, orang tua ke, polis, bomba, penarik beca semua dok sumpah seranah paling baik pun angkat tangan dan bersumpah "Aku tak buat lagi, aku sumpah". Bila kaki aku jejak kat pejabat sumpah, aku teus buat muka macam tahu je. Aku duduk menuggu gliran untuk bersumpah...

Tiba-tiba dari belakang tempat kedudukan aku, aku terdengar "Sumpah abang tak buat lagi sayang" Dengan sepantas kilat aku menoleh dengan muka ingin tahu ke arah suara tersebut. Seorang brader sedang membuat konvesasi dalam fon. "Patutlah dia datang sini" detik hati aku. Cuma aku masih tidak mendapat jawapan kenapa sesumpah tidak pernah wujud dalam sejarah pembangunan Syarikat Suruhanjaya Sumpah. Mungkin ada cerita di sebalik cerita yang aku perlu selidik. Giliran aku hampir tiba. Darah ku semakin kencang mengalir. Tangan semakin sejuk, jantung macam nak tercabut. Aku takut sumpah akan makan diri ini setelah bersumpah menyatakan aku ini berstatus bumiputera. Apa yang perlu aku buat? Aku lihat, amoi depan aku ini tak buat apa melainkan duduk bersahaja sambil menandatangani dokumen. Adakah dia bisu yang tidak bisa untuk melafazkan kata-kata sumpah? Bermakna aku perlu berlakon untuk jadi seorang bisu agar diriku ini bisa membolosi untuk bersumpah?

Tiba-tiba aku terdengar lagi "Waklu la bro! Lu ingat ini tempat nenek lu punya?" Aku dengar mat pit sumpah seranah pak guard kat situ. Sah! Memang sah tempat ni tempat untuk sumpah. Aku semakin ketakutan. Aku kira sampai 3, aku nak blah dari tempat ini. Sampai 3 je, nombor aku dipanggil. Alamak!! Tak sempat aku nak cabut. Aku pun dengan muka blur berbaur dengan gigil duduk di hadapan Pak Haji (Pesuruhjaya Sumpah). " Ya dik, apa yang adik nak sumpahkan?" sambil tersenyum. " Tak ada apa Pak ji, saya tak suka sumpah-sumpah ni" kata aku dengar konfiden yang tak berbelah bahagi. Pak haji tadi terkedu. Dia memandang pelik ke arah aku. Aku pun buat muka bersahaja. Dia ulang lagi pertanyaan yang sama, aku pun memberi jawapan yang sama. Sebagai langkah gentle man, aku terus terang dengan pak haji tersebut..."Macam ni lah pak ji, saya memang tak suka sumpah-sumpah ni. Jadi saya cuma nak buktikan yang saya ni bumiputra. Itu saja" Pak ji tersebut terus senyum kat aku. Dia kata aku dah salah faham. Bukan bererti pejabat sumpah kena sumpah or angkat sumpah. Dia ditugaskan sebagai wakil mahkamah, wakil hakim untuk memudahkan kerja-kerja masyarakat yang memerlukan sokongan dan pembuktian bagi sesuatu hal atau komplikasi. Dia punya cop membuktikan dokumen seseorang terbukti benar. Dia akan teliti IC, surat beranak dan seangkatan dengan nya untuk membuktikan sesuatu hal bukanlah palsu. Lepas itu, dia akan keluarkan surat beserta cop dan tandatangan.

Aku pun mendengar penjelasan pak haji tersebut dengan penuh kekhusyukanulazi. Aku baru faham apa tugas dan tanggungjawab dia sebenarnya. Pak haji tu mesti dia kesian kan aku yang tidak tahu apa-apa. Aku nampak air mata dia berjujuran ke kelopak pipi dia menunjukan kesedihan... Jadi, pada hari tersebut pak haji tadi telah mengeluarkan satu surat beserta dengan cop dia yang bernilai RM3 setiap satu . Aku minta dia keluarkan 6 surat means 6x3=RM18. Aku kerabakan. Aku pulang dengan ilmu sesumpah penuh di dada tetapi sen yang kurang di dompet. Boleh buat bisnes macam ni, detik hati aku...


3 comments:

Unknown said...

u r funny syg..hahaha.apela...comel jer takot2 eh die :P miss u so much hukhukhuk...

cikNiarun said...

bleh tahan kuat mepek die ni..

nak join club mepek leh x?
ngahahha

Samdaddycool said...

Gilo ke apo cerito pasal sesumpah... Aku sumpah ko kang.. mau jadik biru... :D

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri