12 March 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 5:27 PM

Baru-baru ini, aku telah kedatangan fruit heart. Dia datang jauh beb! Dari negeri Darul Sunnah. Dari negeri kepanasan dan kesejukan yang di tahap-tahap tidak terima akal. Negeri yang juga terpengaruh dengan rakan sejirannya beriklim monsun tropika. Sebab sebelah bukit batu yang terpacak kat area sana, dah pun tanah Thai (Thailand) kata hotai-hotai kat situ kepada aku dengan nada menepuk dada, bangga kot. Betol ke tak, ha inilah masalahnya. Aku tak ambik port sangat hal itu. Yang aku nak tau sekarang ni, aku kene sambung story tadi. Tapi story tadi sampai mane? Oh, fruit heart aku.

Pada mulanya, aku memang plan nak pergi ke sana. Tapi penyebabmunasabab yang ber bab-bab menyebabkan rancangan tu tergantung. Aku bukan suka-suka gantung dia, dia yang nak gantung dirinya sendiri. Aku tak tau...So, mem aku nasihatkan biar fruit heart aku yang datang sini dengan perbelanjaan yang ditanggung beserta pakej lengkap mandi air panas tatakala sedang hujan; memang an-ni'mah!!! So, aku roger kat fruit heart aku. Dia berwas-was dengan plan baru yang aku bentangkan tadi. Berwas-was ni kata orang tua kalau tak dijaga dengan elok boleh menjadi penyebab kepada sikap waspada. Itu kata orang tua, aku tak kata. Was pada apa-apa yang mendatangkan keraguan atau ketidaktahuan. Sambung story. Bila fruit heart aku agree, dia terus beli tiket kat bandaraya metropolitan yang tak berapa fun, Kangar. Bas dia masa tu gerak jam 1830. Biasanya perjalanan mengambil masa 10-12jam untuk sampai ke perkampung Johor Bahru ini.

Aku pun tersengeh kambing mendengar perkhabaran gembira itu. Walau baru sebulan tidak ketemuan, hati ini bagai kapal tanpa nakhoda, kuda tanpa penuggang dan kucing yang diKASI. Mungkin disebabkan waktu retro sedang hanget bercinta dulu kiteorang selalu berjumpa. Bila berjauhan rase berseloroh yang amat mendalam. Persetankan semua itu. Aku harus membuat persiapan dan latihan fizikal agar tidak ku kepancitan di awal pagi esok. Misai aku shave, janggut aku trim, korek telinga, korek hidung, potong kuku dan latih tubi bertubi-tubi bagi memastikan bentuk tubuh badan yang ideal dan saksama. Disamping minuman tambahan kecergasan, terima kasih kepada Kacip fatimah masthoyah yang sudi mensponsori misi aku selama hari-hari mendatang bersama fruit heart aku itu.

Bila mana keesokan paginya fruit heart aku telah sampai di tempat aku bertugas. Seawal jam 0730. Ketika itu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Bila mana mata ini terbuka, terbentuklah suatu lembaga yang sederhana besarnya dihadapan ku. Adakah aku bermimpi? Inikan fruit heart aku. Napa dia ade kat sini? Minda yang separa sedar membuatkan jiwa kacau. Kacau dengan kebenaran atau hanya sekadar mainan Iblis brengsek. Mata aku paksa buka besar-besar. Sebesar mata lembu. Yaaa, inilah benar fruit heart aku, yang aku sentiasa nantikan kedatanganya di sisi ku. Jiwa kacau ku beralih menjadi tenang dan dingin. Tersenyum dengan mata yang agak kecil rambut yang serabai. Fruit heart aku yang memakai baju Dorothy Perkins warna hijau terqoise dipadankan dengan jeans beserta tudung yang meliputi kepala dan tengkoknya, "Nyaman sungguh pemandangan di pagi hari ini" detik hati ku.

Hari pertama kami banyak dihabiskan di tempat aku mencari rezeki. Dia menolong aku membuat kerja-kerja ringan sahaja. Aku menjadi kerajinan yang amat sangat. Ke sana ke mari, ke sana ke mari. Memang menjadi kacip fatimah masthoyah yang aku hirup malam tadi, dengus hatiku. Bila dudok saja rasa tak keruan, bila keruan datang menyelinap hati ini bermakna, aku sedang dudok. Tapi bila mana aku memandang ke wajah fruit heart, hati terus bersahaje. Rindu dendam yang selama ini membara dapat jua aku release itu hari.

Hari yang seterusnya, selain berlumba-lumba main fesbuk kami menghabiskan masa pergi membeli belah di pusat membeli-belah yang tersohor disini. Membeli belah untuk rakan seperjuagan fruit heart aku yang sekarang tinggal seorang saja. Yang ramai-ramai dulu dah tak berapa nak ada. Persetankan mereka. Yang member fruit heart aku tu yang sorang tu kirim baju cantik-cantik minta tolong aku dengan fruit heart belikan. Dia tak berapa nak tahu bab beli-beli baju ni. Mungkin dia seorang yang anti kepada beratur panjang untuk membayar atau mungkin jua dia adalah seorang yang addicted to internet. Nanti free-free aku riki. So, bila masuk ke pusat membeli-belah yang tersohor tersebut, fruit heart aku withdraw duit. Mak oi, ramai betul orang-orang kat situ. Hari hujung minggu, biasalah (mencelah hatiku). Kami meneruskan perjalanan terus pergi ke butik yang telah di war-warkan oleh member fruit heart aku itu. Setelah hampir sejam, kiteorang pun keluar dengan berpura-pura gembira membeli barang sendiri.

Sementelahan perjalanan yang aku kira agak mencabar merentasi halangan manusia yang banyak, tiba-tiba aku kepancitanullazi. Ahhh!! Aku tak minum kacip fatimah masthoyah semalam patutlah. So, our 2nd destiny is bookshop. Not shop, market. A book market. Harrison, nama yang tak boleh di anggap enteng. Kedai buku yang popular selain dari barisan handalan lain seperti Dato' MPH, Biduanita Bookstore dan Encik Popular. Peminat-peminat buku memang tak pernah jemu datang membaca dan membeli buku yang di rasakan perlu di Harrison. Ada yang duduk bersila, ada yang mencangkung tidak kurang ada juga yang berlari sambil membaca buku. Mungkin orang-orang seperti ini menjadikan pepatah 'Menyelam sambil minum air' sebagai pegangan hidup mereka, sebab itu mereka tidak gentar membuat aksi berlari sambil membaca. Pelbagai ragam dan karenah yang kami dapat saksikan tika itu. Actually, mem aku ada kirim buku untuk dijadiakn tatapan nya di rumah. Aku pun saja gatal-gatal kaki usha mana tau ade buku Irfan Khairi yang latest.


So untuk hari-hari yang mendatang, kiteorang banyak habiskan masa di hadapan komputer disamping melayan mem dan bos aku pergi makan di tempat-tempat yang agak eksotik. Seperti Kg Melayu, Senibong dan LC Catering. Tapi, bagi aku malam kedua terakhir fruit heart aku bersama aku adalah antara malam yang menarik dalam hidup ini. Kiteorang lepak kat Danga Bay. Before that, makan steambot kat dataran Perbandaran.


Malam terakhir, adalah malam yang paling berhistory (bukan isteri) bagi aku dengan fruit heart aku. Pada mulanya kiteorang plan nak pergi bus stand sendiri, nak mushi-mushi lepak kat memana la. Yela, last day kan pasni dah jauh. Tapi bila mana kiteorang dah siap-siap nak gerak dengan langkah yang sungguh bersahaje mem dengan bos aku cakap yang diorang nak hantar sama. Alangkah indahnya dunia ini. Boss aku malam tu sebenarnya bertugas tapi dia pass kat member dia minta ganti semata-mata nak hantar dan makan bersama fruit heart aku itu. So sweet...

So, bila dah sampai bus stand hati aku dah sedih-sedih cap ayam. Macam tak percaya rasanye. Hari yang berlalu terlalu pantas. Aku menonong melayan perasaan sambil mendengar perbualan yang menjadi buah mulut mem dan fruit heart aku itu. Tepat jam 2130 maka berlalu pergi fruit heart aku meniggalkan kami. Good bye sweet lil heart. My love is always accompony you where ever you go... Malam tu aku tido awal. Tak boleh pergi jauh kalau dok melayan perasaan ni. Tiba-tiba bunyi satu makhluk kat telinga aku "ngeeeeeeeeeee..."kata makhluk itu. Patutla, aku lupa menotopi tetingkap. Ceishhhh!!!

3 comments:

ash said...

such a great moment we had rite syg...wish i can be there with u right now.love u so much!!nak jalan2 lg hukhuk...syg dtg sini eeh...dtglar...

Jan said...

Hi there. Your blog looks clean and elegant. One suggestion if you don't mind? :) Please add a widget for translation so visitors who don't speak your language will have a deeper understanding of your blog. Please ignore this if you don't consider it relevant to your blog. It's just a suggestion anyway. :)

kay said...

oit..ada blog lain pulak..yg dulu apa jadi?ada sihat ke kawan?

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri