08 March 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 10:50 AM

Hari ini adalah hari Ahad. Hari yang sangat aku nantikan. Hari Ahad adalah diambil sempena hari permulaan dalam 7 hari, Ahad means satu. Satu yang tiada dua nya. Kalau in english we call Sunday. Bukan moon bukan star. Sebab apa? Aku pun tak boleh jawab. Tiada hari yang sama seperti Ahad. Ahad adalah waktu aku beristerirehat bersama keluarga,bersama komputer. Kalau ada jemputan kenduri kahwin, aku pergi. Pergi makan dan tayang muka kat mereka yang jemput aku. Kalau tiada jemputan, aku banyak habiskan masa di hadapan minitor komputer mencari info yang aku ingin tahu. Wikipedia, Forbes.com, Facebook, Entrecard, blog-blog yang aku biasa pergi dan youtube. Rajin sikit, aku pergi buat marketing kat social blogger network. Lagi rajin, aku buat posting atau artikel yang ntah apa-apa macam ni.

Kat belakang umah aku ni, ada satu perkampungan 'Stinggarden' atau lebih di kenali dengan nama manja Setinggan. Setinggan ni pada dulunya telah banyak berjasa dengan aku. Dia ni telah menemukan aku dengan beberapa rakan sekolah agama masa aku kecil, Primary school. Rakan-rakan yang biasa dengan jolokan nama seperti Uzor, Sani, Jamal, Fozan, Bob, komeng dan banyak lagi. Mereka yang banyak membuatkan aku tergelak di masa dahulu. Masa kecil, aku dipanggil dengan jolokan 'katun'. Diorang cakap muka aku ni macam katun Senyum macam Joker. Tapi aku tak ambik port pasal diorang ni lebih dewasa dari aku. Kira aku ni macam pangkat adik-adik diorang je.

Masa kat kampung ni dulu, waktu Ahad seperti ini aku banyak buang masa berbasikal dengan diorang. Berbasikal macam Le tour De Langkawi. Tapi aku buat De Tour De Majidee (Majidee adalah nama kampung aku). Aku banyak tahu jalan-jalan potong dari mereka. Port-port Arbo', ayam dan budak ponteng sekolah. Aku suka ikut diorang merayap kat kampung. Tambah kenalan, sekaligus melebarkan sayap aku berbisnes. Bisnes ape? Haa sah tak baca post aku yang lepas. Nak bace? Klik sini. Waktu pagi aku kayuh basikal, waktu petang pula lagi sehonok!!! Main bola kat Sekolah Menengah Majidee. Main dengan budak-budak kampung yang kebanyakan mengenali aku atas nama perniagaan yang aku buat. Kadang-kadang ada game lawan kampung sebelah. Kampung Bendahara yang sememangnya menjadi musuh tradisi kiteorang. Tapi musuh dalam bola je la. Masa aku kecil, aku suka main position wing. Kira aku ni macam David Beckham la :P. Dulu kecil lagi. Mana tau penat. Candu pun segan nak singgah dalam peparu. Kira masih suci lah.

Tapi sekarang, sumenya dah berlalu satu demi satu. Rakan karib dah berhijrah keluar dari kampung ni. Banyak pergi ke bandar atau pusat mencari duit. Ada yang dah berumah tangga pun. Tinggal la aku keseorangan duduk terkebil-kebil di sini menaip post. Sob..sob..sob sambil menitiskan air mata secara virtual.















No comments:

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri