04 March 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 7:01 PM

So, lebih kurang 2-3 bulan aku kerja di restoran tersebut, aku telah ditugaskan menjaga hampir keseluruhan operasi restoran tersebut. Stok makanan, gaji pekerja, aliran wang masuk dan keluar, akaun kira-kira, kebajikan pekerja dan sebagainya. Hanya bahagian membeli stok makanan basah seperti ikan, daging dan sayur tidak aku terlibat. Ini disebabkan aku kurang mahir dalam hal-hal ‘pasar’. Boleh di katakan aku dilantik dan di percayai untuk memegang jawatan Pengurus Restoran Mai Angullia di tepian kota Johor Bahru(JB).


Restoran ini beroperasi dari 7am-12am.. Dari breakfast, lunch, high tea, tea dan dinner sumenye disediakan di restoran ini. Yang berkonsepkan ‘standard restaurant’ restoran ini boleh dikatakan popular di kalangan masyarakat setempat terutamanya dan masyarakat luar am nya yang bekerja disekeliling restoran tersebut. Maybank,Cimb bank, show room Honda, Toyota, naza dan kilang Jk wyre. Sehari aku kira-kira lebih kurang 100-200 orang yang datang untuk menjamu selera di kedai ini. Bayangkan, seorang bawa duit dalam lingkungan rm10 untuk makan. 200 orang bermakna kedai ni leh earn lebey kurang rm2k per day. Ini cuma kiraan kasar saja. Tapi degan kesesakan orang di setiap jam membuatkan aku seronok melayan karenah manusia yang sememangnya mempunyai ragam yang pelbagai.


Setiap hari setiap masa, selain memikirkan buah hati, aku selalu memikirkan secara bersahaje bagaimana nak tambah lagi sale di kedai tersebut. Tambahkan menu masakan, jaga kualiti servis mau pun makanan dan bermacam-macam lagi. Sambil bekerja, aku jugak tak lepas dari membuat networking bersama diorang yang mempunyai minded yang tersendiri. Besides that, aku juga ada beberapa kawan yang boleh dikatakan ‘otai2’ dari segi perbezaaan umo dengan aku. Along, cik harun, cik Mohan, beberapa abg2 ‘Peter Pan (warganegara Indonesia), Myanmar dan macha-macaha kat kedai runcit mamak…Ramai juga member-member baru aku. Sepanjang 3 bulan aku bekerja, aku banyak memerhati tingkah laku, attitude dan habit workers di restoran ni. Ada yang makan ikut suka hati macam restoran dia yg punya, ada yang suka mengular(curi tulang), ade jugak yang tak bolih terima teguran langsung; he thinks he always right, songlap duit kedai (corruption) dan macam-macam lagi karenah manusia yg boleh buat aku pecah kepala. Nasib baik masa study dulu aku belajar juga subjek ‘Engineering in Society’. Dalam subjek tersebut ada penekanan dalam hal-hal management dan cara communicate dengan pelbagai jenis manusia. Walaupun aku sekadar dapat B+ dalam subjek tu tapi aku daptt apply hampir kesemua yang telah aku belajar. Credit to En Kamal Bahrain (the lecturer).


Berbalik pada cerita workers just now. Pelbagai langkah telah aku buat untuk membanteras penyakit-penyakit di dalam restoran aku ni (ceish!!!dah mcm boss tuan punya restoran ). Firstly about the money corruption. Hal ini terjadi bila waiter ambil duit dalam bil costumer. Mudah je, dia kire lebih dari harga asal then duit yang lebih dia masuk kocek. Its easy to do rite? So, langkah yang aku buat agak susah untuk di praktikan oleh mereka yg bersalah dalam hal ni. Sume order yang customer buat, aku pastikan di tulis dalam buku nota. So aku yg akan kira dan aku sendiri yang akan ambil duit. Kalau sebelum ini, diorang yang kira dan diorang yang ambil duit tapi kali ini tidak lagi bang brahim ya. So aku sediakan kertas carbon yang mane 1 copy cashier pegang another copy untuk cook n water boy. Simple kan? So hasilnye aku dapat increase the money bout 10-30%. huhu banyak juga . Settle masalah corruption. (tension je waiters tak dapat songlap duit… padan muka diorang)


2nd thing, masalah curi tulang. Langkah yang aku buat ini tak la hebat sangnt tp memerlukan watak yang bersahaje. Memerlukan hati yang agak kering. I used the power of mouth and be the role model. Biasanya orang-orang yang malas aku gunakan pendekatan yang senang je. Klau aku tengok lantai kotor, aku terus sapu. Sepatutnye itu bukan kerja aku tapi dengan cara tersebut buat diorang rasa malu. Kes lain pula, macamana nak buat bagi mereka yang hati batu? Pa lagi, sound direct la. Bukan nak cakap kita hebat, cuma apa yang aku buat demi kebaikan diorang juga. Bos senang kita pun senang, betul tak geng? Tapi aku tak la sound yang keterlaluan kat diorang. Berpada-pada as a friend. Mesti diorang ikut. Permintaan(suruhan yang bermula dengan kate-kata baik macam minta tolong, tolong, boleh?) memberikan impak positif untuk orang-orang seperti ini. Settle masalah ‘ngular’.


Pada ketika dahulu, bos aku ada mengadu kat aku cakap yang susu pekat 2 kotak (dalam 90 tin) abis pada waktu yang sangat tak logik. Ok, untuk pengetahuan korang eh, kedudukan counter air adalah di bahagian dapur. So, segala peralatan dan bahan-bahan pembuatan air diletakan di situ. Gula, susu, milo, horlikcs, Nescafe dan bermacam-macam lagi item yang mahal disimpan di situ. Alicafe dan milo yang terlalu cepat habis buatkan aku pun berase hairan dan terkesima, huhuhu ayat tak boleh pergi ke mana-mana . So aku siasat hal ini. Rupenya, workers suka sangat buaat air yang ‘kaw’ memerlukan bahan yang banyak. Mana tak habis dengan cepat kalau workers dalam 5-6 orang bantai macam itu setiap shift. Tokeh genting pun bankrupt muahahahaha. So, dengan langkah yang sangat drastic, aku menyarankan boss aku agar transfer kounter buat air di bahagian tempat makan yang berhadapan dengan kounter cashier. Boss senang ushar papehal yang jadi terutama untuk stok bahan-bahan minuman. After transfer the counter, korang percaya tidak aku dapat increase penjimatan susu (especially) 40-60%. Dahsyat kan? Lega boss aku. bukan main sayang dia kat aku tau. Benefits yang restoran dapat hasil dari proses transfer tersebut adalah:


1. Proses order yang lebey efisyien (lebey cepat dan hygiene)
2. Cawan dan peralatan minuman lebih bersih (tak berminyak)
3. Penggunaan air yang optimum.
4. Tarikan untuk customer
5. Meningkatkan jualan air buah-buahan (buah-buahan di tayang,sale naik)
6. Bebas dari penyalah gunaan bahan minuman


So, kalau hendak cerita masalah-masalah di restoran yang aku kerja, memang tak tercerita geng. Nanti ada kesempatan, mesti aku cerita yang latest. Dalam 3-4 bulan aku kerja , dekat 7-8 orang diberhentikan kerja atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. Malas, tak nak dengar cakap dan datang kerja ikut kemahuan. Senang kata, ‘tegeng.’ Buat masa ini restoran ini beroperasi seperti nomal, means belum ada major problems yang berlaku…. Syabas Enspektor...

2 comments:

rohaizad said...

Wahhh... dapat kepercayaan orang ye? Itu sudah bagus sebab bukan senang orang nak letak kepercayaan pad kita macam tuh.

Semoga dapat bekerja dengan lebih hepi dan kurangkanlah stress-stress yang tidak perlu.

Happy working!

boy_bersahaje said...

Thanx bro. Aku juz berusaha dan buat yang terbaik. Beserta cerita motivasi otai macam kau untuk bekalan kejayaan..

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri