19 April 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 10:00 PM


Lama sudah rasanya aku dan keluarga tidak bermakan peranginan. Sudah semestinya penat dengan pelbagai urusan dan kerja sepanjang hari-hari yang lepas. Kepala pun dah dipenuhi dengan stress yang tidak terlampau. Still boleh handle. Tapi kami sekeluarga memerlukan ketenangan dari kesibukan perkampungan Johor Bahru. Manage restaurant, company, keluar masuk duit dan mencari peluang perniagaan dah jadi lumrah dan darah daging kehidupan untuk anak-anak uncle Mohyin (nama ketua keluarga aku). Kerja banyak lagi yang perlu diselesaikan tetapi kepala juga wajib berehat. Takut-takut nanti sampai, masa jamm!!! Tak boleh nak berfikiran waras lantas akan timbul lagi beberapa masalah minor yang tidak diingini.

So, mak aku mengatur perjalanan kami pada hujung minggu. Bertemakan 'Jalan-jalan, bincang perniagaan' kami sekeluarga (aku, mama dan papa) mengenakan pakaian ala-ala santai. Mungkin perjalanan kami kali ini akan di penuhi dengan pemandangan yang lebih ke arakh kepantaian. That's why we santai. Santai di tepi pantai berjalan-jalan bukan di atas lantai sampai ke petang bertiga orang (Inilah jadinya kalau kepala dah bersantai habis ). Lokasi persantaian kami kali ini adalah di Kota Tinggi. Buat pengetahuan kamu orang, Kota Tinggi ini adalah dipenuhi dengan banyak tempat-tempat berair. Maksud aku laut lah. Selain terkenal dengan perbandaran pembanjiran, Kota Tinggi juga banyak History vantage Pemerintahan Melayu yang berasal dari Melaka. "Boy, kita ni duduk saja JB berpuluh tahun tapi Kota Tinggi sekangkang kera pun tak pernah game" kata mak aku dengan nada agak kehampaan. Maka dengan itu, jadilah misi 'Journey to the High Fort'.

Setelah siap bersolat Subuh dan berkendiri, kami memulakan perjalanan seawal 6.30Am. Kalau nak lawat banyak tempat nak best kenalah gerak awal. Baru dapat game kan semua tempat yang ada kat sana nanti. kan? So, aku drive lah kereta buruk aku. Save sikit minyak nya. Even minyak murah dah sekarang tapi kita mestilah mengamalkan dasar 'berjimat cermat jangan sampai jadi pelat'. Pembawakan ketera aku pada kadar 80-100km/h sahaja. Nama pun bersantai. Mestilah semua aspek santai-santai. Kota tinggi dengan Jb jauh lebih kurang 43km. Dan dari bandar Kota Tinggi ke Teluk-teluk dan Tanjung-tanjung lebih kurang 70-80km. Lebih kurang jam 7.30Am, kami berhenti dan bersantap di Tanjung Buai. "Ni mesti kes banyak buai kat Tanjung Buai" detik hati aku. Sampai kat sana kita orang pekena roti canai dengan nasi lemak. Mak aku saja nak cuba try test makanan kat situ, nak tengok cara diorang meniaga. So, makanan agak ketidak sedapan. Tapi aku ok je. Apa yang ada aku bedal. Perut pun starving betol. Maklumlah driver memang banyak guna energy kan. Habis makan, mak aku ajak jalan-jalan perkampungan vintage kat situ. Ada homestay, jeti nelayan, kedai-kedai kecil dan juga tanah perkuburan. Sangat aman dan damai. "Hari ni bangun mandi, pas mandi tengok kambing, lepas tu sapu halaman rumah, bagi ayam makan, lepak kedai kopi main dam haji. Petang main wau tak pun main gasing. Member naik darat, beli ikan bagi family makan" senang. Orang yang duduk situ tidak perlu fikir nak tempuh jamm ke tiada bekalan elektrik or air, atau buatkan minuman untuk 23 orang customer sekaligus. Ye tak?

So, lepas tu bapa aku pula ajak ziarah tengok-tengok Johor Lama. Aku memang dah lama nak pergi tengok tempat yang paling bersejarah kat Johor ni. Yelah, Johor Lama ni adalah tempat pertama dan terawal pemerintahanya di Johor selepas Melaka. Mesti banyak tinggalan sejarah yang aku boleh saksikan dengan mata kepala aku. Al-maklumlah dah lebih 500 tahun Johor Lama ni. Sampai je kat sana, aku agak terkejut. Ini karena tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan tapak kota yang telah hancur musnah dek kerakusan tentera Portugis. Aku just dapat baca batu ni je...

Dan yang buatkan aku hampa sedikit kerana muzium nya yang belum lagi dibuka. Aku tanya pak guard, dia cakap jam 9Am baru bukak. Masa tu baru pukul 8Am. Ini muzium nya

Setelah agak kecewa tidak dapat menjenguk itu muzium, kami pun berlegar-legar mencuci mata di sekitar itu. Aku mendapati tapak istana lama beserta dengan kubu yang telah dibina 500 tahun dahulu. Ini lah dia




So, lepas itu destinasi kami adalah Tanjung Belungkor. Tanjung Belungkor ni adalah antara jeti-jeti pagar masuk wak-wak indon ke Malaysia. Tapi tempat ni aku lihat bagaikan seekor gajah putih sedang beristeri-rehat. Mari kita saksikanya...

Kosong dan macam tempat jin bertendang. Tapi mengikut pegawai di situ, di jeti ini akan memenuhi manusia bila pada musim nya. Biasanya adalah musim perayaan. Sedang aku selidik dan kaji tapak kaki orang kat situ, tiba-tiba aku terjumpa budak ni di sana...Tengah memikirkan orang di Perlis, katanya...



3 comments:

samdaddycool said...

Aku sebagai anak jati Johor merasa kurangnya pengetahuan sejarah aku bila baca cerita ko ni.. :P

marlborosoftpack14 said...

kt mane la kn tmpt tu

chandra said...

I dont know what to say. This blog is fantastic.
Sample New Product Introduction Letter

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri