06 April 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 10:52 PM

Banyak masa aku terluang sejak 2 menjak ni aku habiskan di hadapan komputer. Walaupun umur komputer ini masih kebudak-budakan tetapi 3 tahun adalah jangka masa yang agak outdated untuk dimiliki oleh sesebuah komputer. Teknologi yang berkembang sepantas kilat selalu meninggalkan beberapa tiang kemajuan kepada aku yang kurang berkemampuan ini. Baru-baru ini, Yob(nama manja komputer aku) telah diserang sakit yang entah aku pun tidak ketahuan. Masa untuk Yob loading ke windows mengambil masa yang terlalu lama. "Yob ni demam ke?" bisik hati aku sambil mengambil kesempatan meraba-raba. Aku tengok kipas dia, hard disk suma dalam keadaan baik belaka.

"Po, Pendau boleh bikin kasi baik tak ini komputer?" tanya aku dengan kadar segera kepada Apo.
"Boleh bro, dia memang power dalam hal pembaik pulihan komputer itu" kata Apo dengan nada bersahaje.

Aku pun dengan tanpa memikirkan masa hadapan, terus menghidupkan enjin ketera dan berdezuuppp pergi ke Taman Universiti sambil membawa Yob yang di dalam kegeringan...Kasihan Yob aku tengok. Layu je muka dia. Sesampai di sana aku terus menyerahkan Yob kepada Pendau. Berbekalkan rambut leper baru lepas rebond+treatment, Pendau mensihatkan aku meletakkan Yob di sebelah pintu masuk. Pendau kata untuk buang sial Yob. Itu semua memang amalan pakar-pakar komputer katanya. Padahal aku tahu, wajah Pendau yang seperti tidak suka kat aku atau senang kata dia macam belom kedatangan mood untuk membikin Yob saja untuk melengahkan proses pembaikan tersebut. Tapi aku percaya dengan kepakaran dan fizikal Pendau, Yob mampu bernafas sepert biasa.

Setelah semalaman aku menanti, aku kebosananulazi. Nasib baik pada malam tersebut Apo mengajak aku untuk menghilangkan rasa gatal kaki dan punggung dengan bermian futsal di Pulai, Port bebudak UTM. Aku pun kegembiraan setelah puas bermian dan bergelak tawa bersama teman-teman Apo digelanggang futsal itu.

Sesudah selesai bermain dan mengeteh, kami pun pulang ke halaman rumah dengan harapan agar bro Pendau telah berjaya menyiapkan Yob..."Kau buat macam ni then ko tekan yang ini. Tunggu dalam setengah saat ko terus picit yang ini" Kata Pendau kepada aku. Aku pun membuat arahan tersebut dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan Yob kecederaan. "Fuhhhhhh!!!!" Berjaya. Hasil kerjaya abang Pendau telah berjaya membuatkan Yob kembali tersenyum...Bermula malam itu, setiap kali jumpa dengan Bro Pendau aku mesti melihat rambutnya yang leper itu. Terima Kasih Pendau..We love you...

14 comments:

cikNiarun said...

haha..cara yang baik mneghilankan sial..

aku patut cuba!

boy_bersahaje said...

Betol tu nurain. Cuba dan dapatkan kesan dengan segera. kih kih kih!

Eldy Voon said...

wow, kasihan lah dia .. hehe
lagipun dia dah byk tahun bersumbang kpd abang kan ? haha ..

boy_bersahaje said...

A ah. Yob memang dah banyak tahun berjasa dengan aku. kira tanpa di aku agak kesukaran la nak mendapat scroll. sebab tu aku ngn Yob instinct sangat kuat. macam eldy dengan amoi la kih kih kih

Samdaddycool said...

mak ai.. cerita macam kisah percintaan dua sejoli je.. muahahahahhaa

boy_bersahaje said...

kah kah kah. beselah bro. x reti nak berceloteh pasal teknikal, dapat crita ceni pun jadilah kikikiki

Samdaddycool said...

.. takpe.. janji 'awek' ni dah bole pakai balik... :P

pcuserz said...

hohohoh
kesian yob.
tapi da ok kan?
ps.:apa kabo UTM? (lama tak gi)

boy_bersahaje said...

samdaddycool- betol tu. janji Yob sudah bernafas. x lame lagi dapatlah teman si Yob ni...:p

boy_bersahaje said...

pcuserz- ok dah Yob. Siap boleh ajak aku g jogging lagi hehehe.

utm ok, bebudak dia je yg x berapa nak ok sangat hahaha

dreamlovely said...

yob pe citer skrg?

meh le lwt blog aku plak..hihi.......

wlpn xde pape..br je ni..hehe

http://marlborosoftpack14.blogspot.com/

Unknown said...

hii..
adehhh..classic nyer nama pc anda..kim slm kat yob..semoga sihat2 selalu..

hebatnyer encik pendau itu..

taufiq said...

salam,

kesian yob kau bro. harap dia sihat selalu dan terus berkhidmat.

aku orang baru dalam blogging ni ..harap dapat tunjuk ajar dari bro..

Azham Zanal said...

kreatif betol korang buat cite pasal komputer rosak kan.. hebat..

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri