02 March 2009

Posted by boy_bersahaje on/at 8:45 PM

Pengalaman adalah sesuatu yang tak dapat dibeli mahu pun dipelajari orang lain. Tak sama dengan apa yg kita tempuhi, rasai dan berdiri. Berlari dan melihat orang lari memang tak sama? Contoh yang mudah dan simple untuk menceritakan mengenai pengalaman. Kali ni aku(bersahaje) nak berkongsi dan berdiskusi mengenai pengalaman kehidupan aku berniaga sejak dari kecil hinggalah sekarang.



Dari kecil hingga la dewasa ini, orang tua aku memang gemar berniaga. Baju bundle, nasi lemak, jahit baju kurung, kedai runcit, jual kuih, warung, jual alat tulis dan macam2 lagi sehinga tak dapat nak aku nyatakan. Back to the story , secara tak langsung aku juga dapat tempias orang tua aku. Aku berjinak-jinak degan bisnes sejak aku berumo 6 tahun lagi. Mase tu aku buaat bisnes siapkan kerja sekolah kawan-kawan aku yang otai kat kindergarten. Nampak macam kesian? Tapi aku dapatlah dalam 20sen hingga ke 40 sen sekali buat. Aku boleh kumpul duit untuk beli toys yang aku minat pada masa dulu macam ‘Lego’, kereta control dan transformer. Kalau tak cukup aku merengek kat mama papa aku minta diorang tambah duit skit.. Hehehe budak ingusan,biasala (padahal same saja bila dah besar, cuma tak merengek macam budak huhu).

Bile naik ke standard 1, aku mula jual pemadam. Masa tu memang tengah hot main rubber kat sekolah rendah aku (STAR 2). Aku guna kesempatan yang ada jual kat member-member yang power mahupun tak. Aku cakap kat diorang kalau beli rubber aku mesti leh tapau budak-budak lain. Alhamdulillah memang sangat laku dan permintaan macam goreng pisang, puah hati!!! Then naik darjah 2, aku jual mechanical pensel yang ada cermin kat tempat masuk lead. 1 batang RM1.50. Mahal tu.!!! Tapi bisnes kali ini tidak berapa berjaya. Walaupn habis, tapi makan mase agak lama la.

Satu hari masa aku jalan-jalan dengan papa aku kat kedai hardware, aku ternampak segulung aluminium. Aku minat gila kat benda tu. Dah deal ngn org kedai, papa aku pn belikan aku sekaki persegi. Korang tau tak aku buat apa dengan benda tu? Huhuhu aku potong cantik-cantik kat umah, then ukir nama aku. Pastu aku tampal kat beg. Esok pergi sekolah member-member tak tahan tengok sempoi , diorg tempah. Aku kira-kira dapat untung dekat-dekat rm70++. Memang lagi puah hati.

Actually, banyak lagi bisnes kecil-kecil yang aku buat dulu, tapi aku ringkas kan saja. Bermula aku darjah 4,aku berpindah ke sebuah taman perumahan. Kawan pun dh bertukar. Di sana bebudak main basikal. Power-power beb! Mula-mula minat main beskal, lelame aku dapat idea nak buat bisnes. Korang tau aku bwat bisnes apa?

Tengah duduk lepak-lepak dengan bebudak BMX kat tempat aku, tetiba aku dapat idea bila mana member aku merungut kat tempat kitaorang tiada kedai basikal. Kedai ‘botak’ depan sana jauh sangat. Dahlah jauh mahal pula tu. Aku pn terus dapat idea nak buka kedai basikal. Aku discuss dengan boss aku (papa), dia pun interested dengan idea aku…Dan dan terus bagi aku starting modal rm500…aku pun dengan berfikir panjang ajak boss aku pergi beli barang-barang untuk starting business. Kiteorang jadikan stor kat umah sebagai medium untuk berniaga.

Dah settle beli barang, kitaorang (aku ngn papa) pun berbincang cara hendak buat marketing. Aku punya idea cuma inform pakai lisan saja. Tapi yang boss aku punya idea lagi puah hati, buat business card then distribute kat member-member dengan bebudak yang pakai basikal. Aku excited tidak terkata. Terus buka computer, aku design dengan kakak aku…Dah settle dalam 2-3 jam, kitaorang print then tampal kat kad bagi keras. For your information, atas kat tu ada tulis alamat,nama kedai dan yang paling penting siap ada map nak pergi kedai aku. Bijak kan? So aku pun dengan tak sabar-sabar sebarkan kad-kad kepada member-member taman. Boss aku pula bagi kad kat bebudak yang pergi ke masjid dengan pasar malam…Dalam masa seminggu saja, kedai kiteorang dah sesak dengan bebudak basikal… Sale untuk weekend jejak rm1.5k average. Klau hari-hari biasa dapatlah dalm 5- 6 ratus. Duit yang aku dapat aku beli barang-barang sekolah, shopping toys dengan main game. Masa tu aku darjah 4. So business ini kekal sampai aku berumur 21-22 tahun. Time tu sudah tak ramai bebudak yang main basikal. Diorang dah pkai scuter tak pun Honda wave. So sekarang sudah terkubur business basikal yang telah 15 tahun bertapak kat area perumahan aku tu.

So, bila usia sedang meningkat, banyak masa aku terpakai untuk study, belajar dan sambung belajar…memang tak berapa minat nak belajar, tapi sebagai anak yang berusaha buat parents kita berasa bahagia tidak salahkan? Actually, aku study dalam jurusan ‘Degree in Electrical System Engineering’. Belajar nun jauh dari tempat tinggal. So hidop aku ini memang sentiasa di perantauan dan sentiasa berjauhan dengan family yang tercinta...

Sambung story, ada juga 2 3 jenis business yang aku ceburi sepanjang aku study macam MLM, skim cepat kaya skim cepat tido dan business conventional. Banyk dapat untung banyk juga yang terlingkup. Tapi itu semua pengalaman. Pengalamn yang banyk buatkan diri aku ni lebih ‘bersahaje’. Bersahaje hadapai masalah sama ada personal maupun interpersonal. Kadang-kadang pernah terpikir juga mengapa aku sanggup ceburkan business tetapi keuntungan yang belum pasti. Itulah yang di namakan ‘agas’ atau darah muda yang sentiasa ingin cuba something new. Tetapi aku tak pernah menyesal dengn apa yangsudah terjadi. Tanpa pengalaman hidop tidak akan ‘bersahaje’.

Ada 1 cerita business masa tengah study yang aku nk share. Masa aku sem 5, aku ada jual nasi lemak dengan member aku. Business tak pakai modal pun. Kiteorang cari makcik-makcik yang boleh buat nasi lemak, lepas itu deal dengan dia. 1 bungkus, makcik kira rm0.35 kiteorang jual rm0.50. Dapatlah untung rm0.15 sebungkus. Kiteorang pergi ke kolej-kolej junior jual dengan sangat bersahaje. Member aku name dia biskot. Mulut manis santan kelapa muda. So kiterog dapat la attract junior-junior untuk beli makanan kiteorang.

Huhuhu. 1 malam dapatla untung bersih rm30 bahagi 2 dapatlah rm15 seorang. Lepaslah duit rokok dengan duit minyak kereta. Huhuhu. Tapi tak lama pun business tu aku buat. Balik lewat malam esok pula perlu ke lecture. Kalau tak pergi, awek baling pinggan kat muka, huhuhuhu takutnya….So di pendekkan cerita sepanjang aku kat Universiti, tiada major business yang aku buat. Idea banyak, cuma masa tidak mengizinkan. Tapi aku dah bernekad, habis study memang nak buat business …

Habis study, aku balik rumah (Johor Bahru). Menanti saat-saat bahagia untuk konvo pula. Tapi konvo 4-5 bulan lagi. So masa yang terluang aku kerja kat sebuah restoran tempatan di kawasan yang agak perkampungan. Aku ditugaskan sebagai pelayan. Memang kena sabar jadi seorang pelayan. Sudah la tak hensem, suka sengeh saja, memang muka aku buat orang bosan. Tapi nak buat macam mana lagi, hidop mesti terus dengan bersahaje. Biar apa orang hendak kata yang penting aku cari rezeki yang halal. Selang beberapa minggu, aku naik pangkat dapat jadi pembuat air. Gaji naik la sedikit. Tapi tidak mengapa, aku sangat happy dengan kerja aku. Mula-mula memang goyang (takot) masakan tidak, otai-otai banyak kat kampong ni. Silap buat air kena makan kaki la jawab nya. Tetapi, sikap bersahaje yang aku amalkan buatkan diri bertambah yakin. Walaupun air yang aku buat tak sedap, keyakinan yang tinggi membuatkan ia jadi sedap. “Ha bang Brahim, takkanlah satu cawan saja, tambah la lagi” menyapa aku dengan nada bersahaje kepada salah seorang pelanggan tetap di sana.

Hari demi hari, boss tengok aku semakin rajin. Aku ditugaskan untok buat 2 shift straight. Masuk kol 6.45am blk kol 12.00am. Tak lama pun dalam 17 jam bekerja. Hahahaha. Mesti korang tak percaya kan? Tapi itulah realitinya. Bila semangat datang, penat sakit suma sudah tak rasa. Yang penting buat kerja ikhlas then hati mesti cool. Huhuhu. Korang mesti hendak tahu kan apa aku buat kat restoran tu? Kenalah datang lagi baca kat sini. Kalau malas nak check, just subscribe. Post terbaru terus masuk ke inbox email korang. Challo de bette ala-ala bombey...





1 comment:

Anonymous said...

Why did you steal my Nasi Lemak photo??
and you cropped my name out of it.
Ever heard of Copyright?

original photo
http://www.flickr.com/photos/rahsoft/2926240218/in/photostream/

Kedai Online Strategi Blog Pancutkan Isteri